Sahabat dan Kawan....







hey all, maybe rmai yang beranggapan, "ala, same je kawan ngn sahabat.." n some will say "kawan =sahabat, sahabat=kawan, but different ejaan n sebutan". ok2....actually, the term sahabat n kawan itu adalah due bende yg berbeze.....saye copy this from others blog, n i hope the owner do not mind...just want to share his/her opinion that just same wif mine...

"Apa perbezaan sahabat dan kawan? bagi aku sahabat adalah teman sehidup semati. Sanggup bersusah payah dan menempuh segala onak dan duri dalam hidup ini. Sahabat keseorang yang sangat memahami, tidak hanya muncul di saat sahabatnya gembira...tetapi tetap ada di sisi walau apa yang terjadi pada sahabatnya. Sahabat juga bagi aku seorang yang akan memberi pendapat dan pandangan yang terbaik untuk sahabatnya dan tidak sanggup melihat sahabatnya sedih. Bagi aku nilai seorang sahabat susah untuk dicari. Sahabat umpama 1000 orang kawan.



Kawan pula adalah seorang yang akan datang dan pergi dalam hidup seseorang. Bila kita gembira atau ketawa kegembiraan.. kawan akan muncul disisi untuk sama-sama meraikan kegembiraan...tapi bila kita sedih dan terluka... kawan datang bertanya khabar sahaja lepas tu berlari meninggalkan kita keseorangan....





bukan semua kawan boleh jadi teman,

bukan semua teman boleh jadi rakan,

bukan semua rakan boleh jadi SAHABAT,

jadi kalau anda punya SAHABAT,

hargailah mereka...



Apa yang penting bila kita berkawan atau bersahabat kita perlu ikhlas dan jujur dalam perhubungan...jangan hanya mengharap kawan atau sahabat sahaja yang jujur dan ikhlas tapi kita pun kena le ikhlas dan jangan ada simpan cemburu pada kawan atau sahabat kita. setiap orang punya kelebihan dan kekurangan..



Sayangi sahabat dan kawan kite.."

itu pendapat beliau....n mine opinion lak, sahabat is more to soul partner...sahabat ni jugak lah yg akan berade di sisi pabila susah or senang bersama, sahabat ni juga lah yang akan defend diri anda apabila orang mengecam anda, sahabat ni jugak yg akan berusaha untuk menutup aib anda walaopon sekeji mana pon anda, n sahabat juga sanggup korban untuk melihat sahabatnya gembira. n for kawan, datang pabila senang slalu nye, dan tidak mempunyai ciri2 sahabat senang cite...hehe..xlarat nk evaluate sal kawan..

sebab tu, istilah sahabat Nabi Muhammad S.A.W. digunakan, kerana para sahabat baginda berusaha untuk defend baginda, sebagai contoh, Saidina Abu Bakar yang mendapat gelaran As- Siddiq yg bermaksud membenarkan...Sifat beliau yang percaya n membenarkan segala apa yang Nabi Muhammad S.A.W. ucapkan.

Jadi, kawan boleh beribu , tapi sahabat, tidak mungkin akan cecah beratos...kerana sahabat yang baik itu adalah permata, yang perlu dihargai, kerana bukan senang untuk datang nya seorang sahabat. Justeru, di manakah kedudukan kita di samping rakan???renung-renungkan lah....


wanita....

wanita, ape yg kite paham ngn wanita????semesti, bg lelaki, wanita itu adalah pelengkap hidung, peneman di kala sunyi, dan juga sebahagian daripada jiwa...Siti Hawa dijadikan daripada rusuk Nabi Adam, untuk mengingatkan bahawa, wanita itu akan melengkapi hidup seorang lelaki setelah mengharungi gerbang perkahwinan.kita sebagai lelaki, tidak seharusnya menzalimi wanita, tp jangan pula sampai di tahap dayus.tp layan lah wanita, sebaik-baiknya. Isteri dikatakan sebagai ketua bidadari di syurga, dan syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Sunnah Rasullullah s.a.w. iaitu berkahwin 4 amat lah mulia dan disanjung.tapi, kebanyakan lelaki terlalu dayus, hanya kahwin ikut sunnah , tapi care hidup ikut yahudi dan nasrani. Berkahwin 4 bukan kerana nafsu, tetapi kerana ingin membela kaum wanita tersebut.

Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1)

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, " Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya dan aku adalah yang terbaik daripada kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak mempunyai budi pekerti." (riwayat Abu Asakir).