Sahabat dan Kawan....







hey all, maybe rmai yang beranggapan, "ala, same je kawan ngn sahabat.." n some will say "kawan =sahabat, sahabat=kawan, but different ejaan n sebutan". ok2....actually, the term sahabat n kawan itu adalah due bende yg berbeze.....saye copy this from others blog, n i hope the owner do not mind...just want to share his/her opinion that just same wif mine...

"Apa perbezaan sahabat dan kawan? bagi aku sahabat adalah teman sehidup semati. Sanggup bersusah payah dan menempuh segala onak dan duri dalam hidup ini. Sahabat keseorang yang sangat memahami, tidak hanya muncul di saat sahabatnya gembira...tetapi tetap ada di sisi walau apa yang terjadi pada sahabatnya. Sahabat juga bagi aku seorang yang akan memberi pendapat dan pandangan yang terbaik untuk sahabatnya dan tidak sanggup melihat sahabatnya sedih. Bagi aku nilai seorang sahabat susah untuk dicari. Sahabat umpama 1000 orang kawan.



Kawan pula adalah seorang yang akan datang dan pergi dalam hidup seseorang. Bila kita gembira atau ketawa kegembiraan.. kawan akan muncul disisi untuk sama-sama meraikan kegembiraan...tapi bila kita sedih dan terluka... kawan datang bertanya khabar sahaja lepas tu berlari meninggalkan kita keseorangan....





bukan semua kawan boleh jadi teman,

bukan semua teman boleh jadi rakan,

bukan semua rakan boleh jadi SAHABAT,

jadi kalau anda punya SAHABAT,

hargailah mereka...



Apa yang penting bila kita berkawan atau bersahabat kita perlu ikhlas dan jujur dalam perhubungan...jangan hanya mengharap kawan atau sahabat sahaja yang jujur dan ikhlas tapi kita pun kena le ikhlas dan jangan ada simpan cemburu pada kawan atau sahabat kita. setiap orang punya kelebihan dan kekurangan..



Sayangi sahabat dan kawan kite.."

itu pendapat beliau....n mine opinion lak, sahabat is more to soul partner...sahabat ni jugak lah yg akan berade di sisi pabila susah or senang bersama, sahabat ni juga lah yang akan defend diri anda apabila orang mengecam anda, sahabat ni jugak yg akan berusaha untuk menutup aib anda walaopon sekeji mana pon anda, n sahabat juga sanggup korban untuk melihat sahabatnya gembira. n for kawan, datang pabila senang slalu nye, dan tidak mempunyai ciri2 sahabat senang cite...hehe..xlarat nk evaluate sal kawan..

sebab tu, istilah sahabat Nabi Muhammad S.A.W. digunakan, kerana para sahabat baginda berusaha untuk defend baginda, sebagai contoh, Saidina Abu Bakar yang mendapat gelaran As- Siddiq yg bermaksud membenarkan...Sifat beliau yang percaya n membenarkan segala apa yang Nabi Muhammad S.A.W. ucapkan.

Jadi, kawan boleh beribu , tapi sahabat, tidak mungkin akan cecah beratos...kerana sahabat yang baik itu adalah permata, yang perlu dihargai, kerana bukan senang untuk datang nya seorang sahabat. Justeru, di manakah kedudukan kita di samping rakan???renung-renungkan lah....


0 comments:

Post a Comment